Sunday, April 22, 2012

AdAb Ke TaNdas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Jom raih pahala Allah swt,
 Walaupun mungkin ada yg beranggapan;" alah nak pergi tandas jea pun, x payah lah skema sangat".
Jika ada yg berkata sedemikian, maka jawablah;" peluang kat depan mata tuh, tak kan nak lepaskan begitu saja. Allah swt dah mudahkan utk kita, mengapa kita nak susahkan pula. Betul x?^-^
Dan bila ada yg bertanya;"Betul ke blh dapat pahala walaupun ke tandas? Cuba cerita macamana."
Maka jawablah;" Simple jea. Bila kita praktik cara dan adab mengikut sunah nabi SAW ketika qada hajatnya."
Perkongsian bersama, moga sama2 kita meraih pahala yang dijanjikanNya..
Insya-Allah.


 

MeMo: ^-^
Buat semua yang dikasihi, renungkanlah sejenak. Bila kita disuruh melakukan ibadat, apa jawapan yang kita berikan? Ish, susah lah, tak pernah buat nih; x de masa, bnyak lg kerja nak buat dll. Begitulah lumrah insan yg bernama "manusia". Tapi Allah swt terlalu sayangkan hambaNya, buktinya Dia memudahkan sesuatu urusan itu. Cuba kira dlm satu hari berapa kali kita pergi tandas? Mungkin ada yg lebih 5/6 kali kan, jadi cuba fikirkan brapa bnyak pahala yg kita dpt? Pakej 2 dlm 1, dpt buang benda2 kotor + dpt pahala. Mudah kan^-^ Sekadar peringatan bersama...

Dari Abdullah bin Umar r.huma: " Manusia akan sentiasa berada di atas jalan yang lurus selama mana mereka mengikuti jejak Nabi."
( Riwayat al-Baihaqi, Miftah al-Jannah , no 197)

Sunday, April 15, 2012

TuNtuTan UtK HaRi InI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Surah Al-Hajj, ayt: 77-78

" Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah,sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung. Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu dan begitu pula dalam ( al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka, laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu;Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."


*****MeMo ^-^,
Jika kita ingin berkata-kata dengan Allah swt, maka bersolatlah.
Jika kita ingin tahu apa yang dikatakan oleh Allah swt kpd kita, maka bacalah Al-Quran.
Setiap ayat yg kita baca itu adalah apa yang Allah swt ingin kita lakukan pada hari itu. Jika ayat yg kita baca itu adalh suruhan utk bersolat, maka bersolatlah. Jika ayat itu larangan drp Allah swt, maka cubalah utk hindarinya. Dan percayalah sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Saturday, April 14, 2012

BaCaLaH Al-QuRaN...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Nabi SAW bersabda:

" Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya."                                                                               (Riwayat al-Bukhari)


Allah SWT berfirman:

Katakanlah, "Rohulkudus (Jibril) menurunkan Al-Quran itu dari Tuhanmu dengan kebenaran, untuk meneguhkan hati orang yang telah beriman dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang yang berserah diri ( kepada Allah swt)                                                  ( surah an-Nahl,ayt: 102)

"Sungguh Al-Quran ini akan memberi petunjuk ke (jalan) yg paling lurus dan memberi khabar gembira kpd orang mukmin yang mengerjakan kebajikan bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar, dan bahawa orang yang tidak beriman kpd kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih)                                                                                       (surah al-isra,ayt:9-10)

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian."
                                                                                       (surah al-Isra: ayt 82)




****Memo buat semua yg dikasihi....
Setiap hari yg berlalu pastikan dirimu tidak lupa utk membaca Al-Quran. Walau sesibuk mana pun dirimu dgn urusan dunia, berilah sedikit masa utk membaca Al-Quran itu. Jika tidak mampu utk membaca satu juzuk sehari, memadailah walau satu muka surat. Jika tidak mampu utk satu helai, bacalah walau satu ayat. Jika yg demikian pun dirimu tidak mampu melakukan, peganglah Al-Quran dan letakkan di dadamu dan katakanlah, " ya Allah, ampunkan diriku kerana tidak mampu membaca kitabMu ini pd hari ini...ya Allah,jangan kerana kelalaianku pd hari ini, Engkau palingkan hatiku dariMu...Pimpinlah daku Ya Allah dengan rahmatMu...Amin"