Saturday, December 31, 2011

PrOsEs PeRuBaHan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Muroqobah - merasakan bahawa ada kuasa yang melihat dan mengawasinya iaitu Allah swt.
  • Ibarat dalam satu bilik, ada cctv, pasti orang yang ada kat dlm bilik itu akan tunjukkan perbuatan yg baik2 saja sebab ada yg memerhatikan dan mana mungkin dia akan buat perkara yang x elok.
  • Buat diri yang ingin berubah, pasakkan dalam hatimu bahawa Allah sentiasa melihatmu. Dengan demikian, mana mungkin kamu sanggup berbuat dosa dan kemungkaran. Tapi sebaliknya, dirimu pasti ingin buat yang terbaik sebab kamu adalah milik Allah swt selama-lamanya.
  • Ingatlah firman Allah swt:
"Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sungguh Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."
(Surah al-Baqarah:ayat 115) 

 " Tiada sesuatupun yang seumpama dengan-Nya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
   ( Surah al-Syura 42:11)

"Jika hamba-Ku bertanya kepada mu tentang-Ku, katakanlah :Aku dekat."
(Surah al-Baqarah 2:186)

" Aku selalu mengikut sangkaan hamba-Ku. Aku sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-Ku sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari."
(Riwayat al-Bukhari)


" Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar."
(Surah al-Mulk : ayat 12)




Mujahadah - mencurahkan segala kemampuan utk melawan sesuatu.

  • Di sini, memang perlukan PENGORBANAN. Untuk gapai sesuatu yang bernilai / baik, mestilah kita kena korbankan sesuatu kan. Tapi kebanyakan manusia akan tersungkur di laluan ini.
" Dan janganlah syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yg benar). Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."
( Surah al-Zukhruf : ayat 62)

"Sesungguhnya (syaitan) itu hanya menyuruh kamu agar berbuat jahat dan keji dan mengatakan apa yang tidak kamu ketahui tentang Allah."
( Surah al-Baqarah: ayat 169)
  • Ambillah contoh hijrah Rasulullah saw, di mana ia menuntut begitu banyak pengorbanan dari segi harta benda, keluarga dll. Namun, para sahabat tetap melaksanakannya kerana untuk menggapai redha Allah swt. Di sebalik pengorbanan itu, pasti terselindung hikmah yang besar. Firman Allah swt dlm surah an-Nisa: ayat 100;
" Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpnya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh pahalanya telah ditetapkn disisi Allah swt. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
  • Oleh itu, wahai temanku andai dirimu rasa tidak dapat menanggung beban ini, ingatlah dan hayatilah akan janji Allah swt ini:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
( Surah al-Bqarah: ayat 218)

"Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
( Surah al-Ankabut 29: 69)
Renungkan bersama...
Kata ahli sufi ( Abu Ali al-Daqqaq): "Sesiapa yang menghiasi dirinya dengan mujahadah (terhadap nafsunya), nescaya Allah akan memperindah hatinya dengan musyahadah."
Jika ditanya mengapa perjuangan itu pahit, jawabnya adalah kerana syurga itu manis.




Thursday, December 29, 2011

HoTLiNe 24434

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Panggilan daripada Allah swt:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah
Marilah menunaikan solat (2X)
Marilah menuju kemenangan (2X)
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maka, jawablah seruan itu..

Sabda Rasulullah saw:" Apabila kamu mendengar orang azan maka hendaklah dijawab seperti orang yang azan, kemudian selawatlah ke atasku."
(Riwayat Muslim)

Tapi, kebanyakan kita banyak ragamnya...



Ragam 1: Sedangkan burung tahu pulang ke sangkarnya, inikan pula manusia yg dianugerahkan akal.
Tapi, kebanyakannya masih lagi menendang bola walaupun azan Maghrib berkumandang..Jangan sampai kita yang tertendang ke "SANA".


Ragam 2: Kadang2 kita mampu bergelak ketawa di depan laptop walaupun azan sedang berkumandang. Tidak terlintas kah di hati kita, jika saat ini malaikat maut datang mencabut nyawa kita, apakah kita tidak malu nak berjumpa Allah dlm keadaan demikian?


Ragam 3: "SOLAT itu LEBIH BAIK daripada TIDUR. Tapi kebanyakan daripada kita lupa, kerana merasakan TIDUR itu yg lebih utama daripada SOLAT. Tiada yg lebih indah melainkan mimpi indah semata-mata.


Ragam 4: Jemaah itu memang dituntut tapi kebanyakannya "jemaah dekat kedai kopi / restoran". Bukan ke sangat baik kalau kita sama2 berjemaah dekat masjid, dapat pahala lagi. Bukankah ini saham kita kat akhirat sana?


Ragam 5: Biarlah kita betul2 menuju "jalan yang lurus", bukan jalan lurus semata-mata yang membawa kita ke arah kebinasaan. Wahai mat rempit, tidak sayangkah kalian pada nyawamu? Sanggup kalian biarkan gema azan itu hilang dalam deruman enjin motosikalmu? Fikirkanlah, selagi kita masih diberi pinjaman nyawa drpNya..


Ragam 6: Benarkah waktu muda hanya sekali? Bukankah nanti di SANA juga kita akan dibangkitkan dlm keadaan muda remaja? Tapi mengapa kita abaikan waktu muda di dunia ini dgn warna2 maksiat tanpa rasa bersalah? Malah kita rasa bangga dgn apa yg kita lakukan shnga sanggup kita buka aib kita sendiri kpd orang lain. Wahai remaja sekalian, waktu mudamu sangat berharga,mengapa perlu dipersiakan. Antara syurga dan neraka, mengapa pilihan kita lebih ke arah neraka?Sedarkah kita?


Sesungguhnya Allah memanggil kita dengan panggilan yang penuh dengan kelembutan. Tapi mengapa kebanyakan kita masih tidak sedar atau mungkin buat2 tidak tahu dengan panggilan itu. Jangan sampai hidayah Allah itu berlalu pergi dari kita, kelak di sana,apakah bekalan yang kita bawa untuk bertemuNya?


Ku petik kata2 ini dr seorang ustaz : Di dunia kita hanya umpama "tetamu senja", tiba masanya kita akan pulang jua. Tetapi, biarlah kita menjadi tetamu senja yang menuju ke syurga!.


Firman Allah swt:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui."
(Surah al-Ankabut 29:64)

Monday, December 26, 2011

JeJaK CiTa - DeVoTeeS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
gemilangkan pasti digenggaman

Jangan lupa memohon padanya
Tawakal boedoa sentiasa
Dialah penentu segala
Apa dikurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabar akan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya... Berjaya

MeNjaDi DiRiKu - EdCoUsTiC

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki.


AsMa UL-hUsNa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Firman Allah swt:

"Dan Allah memiliki Asma'ul Husna ( nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma'ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan  nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
( Surah Al-A'raf ;ayat 180)


Saturday, December 24, 2011

BeKeRjALaH DgN IkHLaS..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




The nurse is temporarily the CONSCIOUSNESS of the UNCONSCIOUS,
The LOVE of life for the SUICIDAL,
The LEG of the AMPUTEE,
The EYES of the newly BLIND,
A MEANS of locomation for the INFANT and 
The KNOWLEDGE & CONFIDENCE  for YOUNG MOTHER...

Firman Allah swt:
" Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberi kerja ialah orang yang kuat lagi amanah."
  (Surah al-Qasas, 28:26)

Pesan Rasulullah saw:
" Berjalanlah (bekerjalah) kamu atas keberkatan TuhanMu."

Doa Mohon Keampunan dari Allah swt:
" Ya Allah, ampunilah dosaku dan kebodohanku, dan pekerjaanku yang melewati batas, dan hal-hal yang Engkau lebih mengetahui daripada aku."

" Ya Allah, ampunilah pekerjaanku yang senda-gurau dan yang sungguh-sungguh dan dengan sengaja, semua itu ada padaku. 




Tuesday, December 20, 2011

JaGaLaH HaTi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Monday, December 19, 2011

JoM KiTa BeRdOa..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengsih lagi Maha Penyayang.



Firman Allah swt:


" Berdoalah kepada TuhanMu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." 
 ( Surah al-A'raf: ayat 55)

" Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan."
( Surh l-A'raf: ayat 56) 

Wednesday, December 14, 2011

NowSeeHeart- KeMbAli

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Kembali menyusuri hari
Indah warna warni ceria dan berseri
Mencari makna seribu erti
Nikmat disyukuri hikmahnya tersembunyi

Semalam jadikan pengalaman buat kita menyuluh jalan
Mencari pedoman hidup penuh kebahagiaan
Hari esok hanya anganan belum tentukan kesampaian
Hari ini kita mulai langkah penuh keazaman

Berusaha tabur budi dan jasa
Bagai hidup di dunia kekal selamanya
Beramal bekal untuk ke sana
Umpama hayat kita esok sudah tiada

Takkan mungkin kekal di sini
Mana bisa menongkah langit
Umpama pepohonan rendang
Teduhan seorang pedagang

Hanya saja kekal di sana bertemu yang Baqa' Pencipta
Augerah yang teristimewa pada hati yang sejahtera

Tanpa sinar-Mu kegelapan deritaku rasa
Di mana cahaya
Sinar mentari menyuluh hidupku bagai cahaya kebenaran

*Bersama kita mengejar mimpi menuju satu cita sejati
Menggapai seribu impian yang kita bina bersama-sama.


Insya-Allah, semoga kita berjaya menggapainya, iaitu bertemu
Allah swt dlm keredhaanNya...



Saturday, December 10, 2011

GeRhAnA BuLaN.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Honestly, ini first time buat solat sunat gerhana. Even kalau dulu2, bukannya tak tahu tapi tak mahu. Tapi sekarang syukur sangat2 sebab Allah masih lagi bagi nikmat nyawa, pd masa yg sama beri ketukan hidayah dkt hati ini...

Sekadar perkongsian tentang solat sunat gerhana:-

WHO : All umat Islam, whether secara berjemaah or dilakukan sendirian. (sunat muakkad)
WHEN : Ketika bulan itu mula terlindung sehingga cahayanya yg penuh pulih kembali.
HOW : 
  • Lafaz niat : " Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala."
  • Baca Al-Fatihah + surah ---> Rukuk ---> Iftidal---> baca Al-Fatihah + surah---> rukuk--->sujud
  • Untuk rakaat kedua, sama seperti rakaat pertama dan disudahi dengan salam.
WHY : 
  • Bagi orang kafir, penyaksian gerhana bulan menyebabkan mereka merasa gerun dan kagum terhadap kejadian itu sehingga menyebabkan sebahagian drp mereka sujud kpd bulan itu sebagai mengakui kebesarannya atau supaya terlindung daripada bencananya.
  • Bagi orang mukmim, gerhana bulan itu terjadi dengan kehendak Allah dan sebagai tanda kebesaran dan keagungan-Nya.
      Firman Allah swt:
          " Janganlah kamu sujud kepada matahari atau bulan  tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta kedua-duanya."                                                                               ( surah As-Sajadah,ayat 37)

     Hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
" Sesungguhnya matahari dan bulan itu menjadi dalil dari berbagai dalil wujudnya Allah dan kekuasaan-Nya. Maka terjadi dua gerhana itu bukan sebab matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya seseorang. Maka, apabila kamu melihat kedua-dua gerhana itu hendaklah kamu berdoa kepada Allah dan kerjakan solat sehingga habis gerhana itu"

Friday, December 9, 2011

FaCe BlOg

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Thursday, December 8, 2011

OpIcK- TaKdiR

TAKDIR

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir suny
Langkah kaki di dalam rencanaNya.

Semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya.

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Rabbi,
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu Ya Rabbi,
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu Ya Rabbi,
Ku berserah, ku berpasrah hanya padaMu Ya Rabbi.

Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah,
Bila mungkin tawa cuba bersabarlah,
Karena air mata tak abadi ,
Akan hilang kan berganti.

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang 
Damai jiwa dan raga.

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu Ya Rabbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu Ya Rabbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu Ya Rabbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu Ya Rabbi
Hanya padaMu Ya Rabbi...

Album: Semesta Bertasbih
Munsyid: Opick Feat Melly Goeslaw
http://liriknsyid.com

BeRsOLaTLaH.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


" Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
  ( Surah al-Hujurat : ayat 3)

*********************************************************************

"Sesungguhnya telah menang orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalm solatnya."
(Surah al-Mu'minun 23:1-2)

"Orang yang khusyuk seperti yang digambarkan oleh Allah swt ini ialah 
mereka yang takut dan gerun terhadap Allh swt serta mempunyai ketenangan batin saat berdiri menghadapNya dalam solat."
(Ali bin Abi Talhah)

**********************************************************************

Renungan buat diri yg mencari-cari kasih Ilahi....

Setelah mendirikan solat Subuh, diamlah bersama Tuhanmu sehingga terbit matahari. Setelah solat Asar, diamlah dalam hadratNya sehingga terbenam matahari. Inilah dua tempoh waktu ketika kekuatan-kekuatan dan pencerahan kerohanian mengalir dengan melimpah ruah. Tautkanlah hatimu kepada Allah dengan hati yang rendah dan penuh kedamaian..Moga di situ dikau akan bertemu dgn sinarNya.
( Dipetik dr buku 'Jalan selamat pulang menuju Allah)

" Ya Allah, berikan cahaya pada hati, lidah, telinga dan mataku. Ya Allah berilah kami cahaya..."
(Riwayat Muslim)

**********************************************************************
Memo dariku....
Wahai temanku yang masih lagi diulit mimpi indah, sedarkanlah dirimu itu, ayuh!!! marilah kita kembali kpd Dia yg sentiasa membuka peluang taubat kpd hambaNya, Dia yang sentiasa mendengar setiap rintihan hambaNya...Berkata-katalah denganNya dalam solatmu dan mengadulah kepadaNya dgn sepuas-puasnya hingga engkau merasakan lapangnya dadamu. Dan janganlh engkau menyombongkan diri kepadaNya kerana Dialah Pemilik sekalian alam dan kepadaNya jualah engkau akan kembali..

Friday, December 2, 2011

HiJrAh JiWa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Nak buat sesuatu secara konsisten memang susah. Kadang-kadang kita mampu bertahan, tp mungkin di pertengahannya munkin kita dah terkulai layu.Kesannya, kita tinggalkan terus benda itu sebab merasakan kita tak mampu untuk melakukannya. Jadi, di sini saya ingin kongsikn sedikit  intipati kuliah Maghrib berkenaan dengan bagaimana cara kita nak istiqamah dalam amalan kita.
1. Berdoa kepada Allah swt.
  • Nak berdoa tak semestinya dalam solat, tp kita boleh lakukan setiap masa dan x kira walau di mana kita berada.
  • Berdoalah dengan doa ini:        " Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu dan sentiasa berada dalam ketaatan...Amin"

2. Membaca Al-Quran
  • Baca ---.> Faham ----> Hayati ----> Amalkan = Insya-Allah, jadilah kita Mukmin yang sebenar-     benarnya.
3.Berfikir @ ingat akan kematian.
  • Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw; " Siapkah orang yang bijak?"
          Jawab Baginda; " Orang yang sentiasa mengingati mati."
  • Kenapa orang yang demikian dikatakan bijak? Ini kerana mereka telah meletakkan pengabdian diri mereka sepenuhnya kepada Allah swt. Mereka sedar tanggungjawab mereka dihidupkan di dunia ini adalah sebagai hamba dan khalifah, dan sesungguhnya mereka akan kembali semula kepada Allah swt. Dengan itu, mereka akan sentiasa " upgrade" diri mereka ke arah yang lebih baik.
          Firman Allah swt: 
                 "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."
                                                                                     (Surah al-Dhariyat 51: 56)
               
   "Aku jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi."
                                                                                      (Surah Sad 38 : 26)
    
                         
 Untuk melakukan kebaikan dan mencapai kesempurnaan adalah satu proses yang panjang. Bersbarlah, kerana sesungguhnya Allah swt tidak akan mempersiakan amalan orang-orang yang beriman dan pahatkanlah dalam hatimu bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Sekadar renungan bersama buat diriku dan juga saudara seislamku.
                   


JoM KiTa BeRsUkaN !!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



"Wahai orang-orang yang beriman!
Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk
mendekatkn diri kepada Allah swt, dan berjihadlah 
(berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung,"
                                      (Surah Al-Ma'idah: ayat 35)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Salam Maal Hijrah 1433.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Thursday, October 27, 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"He who has nothing, has Allah.
He who has Allah, has everything...
Dapat Allah,dapat segalanya...
Dan sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang..
Renungkanlah bersama...

Sunday, October 2, 2011

JoM kiTa BaiKi AmALaN kiTa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Jom try to do it!!!!!!!!!!!!!!!

Bila keluar rumah,tak kisahlah kita nak pergi mana2,apa kata kita jadikan "this" macam benda penting yang tak boleh ditinggalkan,seperti kita jadikan handphone,purse,alat makeup dll itu benda yang memang wajib kita bawa kalau nak keluar.

1) Duit syiling ---> bagi kat orang minta sedekah @ derma
2) Notebook---> utk salin ceramah @ ilmu baru yg kita dapat
Cth: masa kita berhenti kat surau / masjid untuk sembahyang dan waktu itu ada ceramah,so kita bolehlah salin intipati ceramah it.
3) Majalah @ bacaan ilmiah ---> Cth: majalah solusi, buku motivasi dll.
   Mungkin masa kita tengah tunggu bas ke @ tunggu kawan, it's better kalau kita baca something daripada kita menghitung waktu yang berlalu itu dengan sia-sia.



" Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian
  kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan    
  saling menasihati untuk kesabaran..."
                                                                                                                              Surah Al-Asr,ayt 1-3

Wednesday, September 28, 2011

RaPuH~OpicK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Opick - Rapuh 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Tuesday, September 27, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

"Pandangan kita terhadap diri kita LEBIH PENTING daripada pandangan orang lain terhadap diri kita.."
Kita hidup bukan untuk dapatkan redha manusia but kita nak redha Allah swt...Melangkahlah ke hadapan dan usah menoleh lagi..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


   
"Usah bimbang bila diri kita tidak dihargai tapi bimbanglah jika diri kita benar-benar tidak berharga..."
Hidup ini terlalu berharga untuk dipersiakan..
Renungkanlah...

Monday, August 22, 2011

cYcLe OF hUmAn'S LiFe..


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal daripada tanah).
Kemudian, Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani) pada tempat penetapan yang kukuh.
Kemudian, Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging.
Kemudian, Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang.
Kemudian, Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejdian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (ditiupkan roh padanya) . Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta.
Kemudin, sesungguhnya kmu sesudah itu akan MATI!!!
Kemudian, sesungguhnya kamu akan dibangkitkn "Hidup Semula Selepas Mati."