Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kembali menyusuri hari
Indah warna warni ceria dan berseri
Mencari makna seribu erti
Nikmat disyukuri hikmahnya tersembunyi
Semalam jadikan pengalaman buat kita menyuluh jalan
Mencari pedoman hidup penuh kebahagiaan
Hari esok hanya anganan belum tentukan kesampaian
Hari ini kita mulai langkah penuh keazaman
Berusaha tabur budi dan jasa
Bagai hidup di dunia kekal selamanya
Beramal bekal untuk ke sana
Umpama hayat kita esok sudah tiada
Takkan mungkin kekal di sini
Mana bisa menongkah langit
Umpama pepohonan rendang
Teduhan seorang pedagang
Hanya saja kekal di sana bertemu yang Baqa' Pencipta
Augerah yang teristimewa pada hati yang sejahtera
Tanpa sinar-Mu kegelapan deritaku rasa
Di mana cahaya
Sinar mentari menyuluh hidupku bagai cahaya kebenaran
*Bersama kita mengejar mimpi menuju satu cita sejati
Menggapai seribu impian yang kita bina bersama-sama.
Insya-Allah, semoga kita berjaya menggapainya, iaitu bertemu
Allah swt dlm keredhaanNya...
Insya-Allah, semoga kita berjaya menggapainya, iaitu bertemu
Allah swt dlm keredhaanNya...
No comments:
Post a Comment