Thursday, December 29, 2011

HoTLiNe 24434

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Panggilan daripada Allah swt:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah
Marilah menunaikan solat (2X)
Marilah menuju kemenangan (2X)
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maka, jawablah seruan itu..

Sabda Rasulullah saw:" Apabila kamu mendengar orang azan maka hendaklah dijawab seperti orang yang azan, kemudian selawatlah ke atasku."
(Riwayat Muslim)

Tapi, kebanyakan kita banyak ragamnya...



Ragam 1: Sedangkan burung tahu pulang ke sangkarnya, inikan pula manusia yg dianugerahkan akal.
Tapi, kebanyakannya masih lagi menendang bola walaupun azan Maghrib berkumandang..Jangan sampai kita yang tertendang ke "SANA".


Ragam 2: Kadang2 kita mampu bergelak ketawa di depan laptop walaupun azan sedang berkumandang. Tidak terlintas kah di hati kita, jika saat ini malaikat maut datang mencabut nyawa kita, apakah kita tidak malu nak berjumpa Allah dlm keadaan demikian?


Ragam 3: "SOLAT itu LEBIH BAIK daripada TIDUR. Tapi kebanyakan daripada kita lupa, kerana merasakan TIDUR itu yg lebih utama daripada SOLAT. Tiada yg lebih indah melainkan mimpi indah semata-mata.


Ragam 4: Jemaah itu memang dituntut tapi kebanyakannya "jemaah dekat kedai kopi / restoran". Bukan ke sangat baik kalau kita sama2 berjemaah dekat masjid, dapat pahala lagi. Bukankah ini saham kita kat akhirat sana?


Ragam 5: Biarlah kita betul2 menuju "jalan yang lurus", bukan jalan lurus semata-mata yang membawa kita ke arah kebinasaan. Wahai mat rempit, tidak sayangkah kalian pada nyawamu? Sanggup kalian biarkan gema azan itu hilang dalam deruman enjin motosikalmu? Fikirkanlah, selagi kita masih diberi pinjaman nyawa drpNya..


Ragam 6: Benarkah waktu muda hanya sekali? Bukankah nanti di SANA juga kita akan dibangkitkan dlm keadaan muda remaja? Tapi mengapa kita abaikan waktu muda di dunia ini dgn warna2 maksiat tanpa rasa bersalah? Malah kita rasa bangga dgn apa yg kita lakukan shnga sanggup kita buka aib kita sendiri kpd orang lain. Wahai remaja sekalian, waktu mudamu sangat berharga,mengapa perlu dipersiakan. Antara syurga dan neraka, mengapa pilihan kita lebih ke arah neraka?Sedarkah kita?


Sesungguhnya Allah memanggil kita dengan panggilan yang penuh dengan kelembutan. Tapi mengapa kebanyakan kita masih tidak sedar atau mungkin buat2 tidak tahu dengan panggilan itu. Jangan sampai hidayah Allah itu berlalu pergi dari kita, kelak di sana,apakah bekalan yang kita bawa untuk bertemuNya?


Ku petik kata2 ini dr seorang ustaz : Di dunia kita hanya umpama "tetamu senja", tiba masanya kita akan pulang jua. Tetapi, biarlah kita menjadi tetamu senja yang menuju ke syurga!.


Firman Allah swt:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui."
(Surah al-Ankabut 29:64)

No comments:

Post a Comment