Thursday, December 8, 2011

BeRsOLaTLaH.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


" Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
  ( Surah al-Hujurat : ayat 3)

*********************************************************************

"Sesungguhnya telah menang orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalm solatnya."
(Surah al-Mu'minun 23:1-2)

"Orang yang khusyuk seperti yang digambarkan oleh Allah swt ini ialah 
mereka yang takut dan gerun terhadap Allh swt serta mempunyai ketenangan batin saat berdiri menghadapNya dalam solat."
(Ali bin Abi Talhah)

**********************************************************************

Renungan buat diri yg mencari-cari kasih Ilahi....

Setelah mendirikan solat Subuh, diamlah bersama Tuhanmu sehingga terbit matahari. Setelah solat Asar, diamlah dalam hadratNya sehingga terbenam matahari. Inilah dua tempoh waktu ketika kekuatan-kekuatan dan pencerahan kerohanian mengalir dengan melimpah ruah. Tautkanlah hatimu kepada Allah dengan hati yang rendah dan penuh kedamaian..Moga di situ dikau akan bertemu dgn sinarNya.
( Dipetik dr buku 'Jalan selamat pulang menuju Allah)

" Ya Allah, berikan cahaya pada hati, lidah, telinga dan mataku. Ya Allah berilah kami cahaya..."
(Riwayat Muslim)

**********************************************************************
Memo dariku....
Wahai temanku yang masih lagi diulit mimpi indah, sedarkanlah dirimu itu, ayuh!!! marilah kita kembali kpd Dia yg sentiasa membuka peluang taubat kpd hambaNya, Dia yang sentiasa mendengar setiap rintihan hambaNya...Berkata-katalah denganNya dalam solatmu dan mengadulah kepadaNya dgn sepuas-puasnya hingga engkau merasakan lapangnya dadamu. Dan janganlh engkau menyombongkan diri kepadaNya kerana Dialah Pemilik sekalian alam dan kepadaNya jualah engkau akan kembali..

No comments:

Post a Comment