Saturday, December 31, 2011

PrOsEs PeRuBaHan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Muroqobah - merasakan bahawa ada kuasa yang melihat dan mengawasinya iaitu Allah swt.
  • Ibarat dalam satu bilik, ada cctv, pasti orang yang ada kat dlm bilik itu akan tunjukkan perbuatan yg baik2 saja sebab ada yg memerhatikan dan mana mungkin dia akan buat perkara yang x elok.
  • Buat diri yang ingin berubah, pasakkan dalam hatimu bahawa Allah sentiasa melihatmu. Dengan demikian, mana mungkin kamu sanggup berbuat dosa dan kemungkaran. Tapi sebaliknya, dirimu pasti ingin buat yang terbaik sebab kamu adalah milik Allah swt selama-lamanya.
  • Ingatlah firman Allah swt:
"Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sungguh Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."
(Surah al-Baqarah:ayat 115) 

 " Tiada sesuatupun yang seumpama dengan-Nya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
   ( Surah al-Syura 42:11)

"Jika hamba-Ku bertanya kepada mu tentang-Ku, katakanlah :Aku dekat."
(Surah al-Baqarah 2:186)

" Aku selalu mengikut sangkaan hamba-Ku. Aku sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-Ku sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari."
(Riwayat al-Bukhari)


" Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar."
(Surah al-Mulk : ayat 12)




Mujahadah - mencurahkan segala kemampuan utk melawan sesuatu.

  • Di sini, memang perlukan PENGORBANAN. Untuk gapai sesuatu yang bernilai / baik, mestilah kita kena korbankan sesuatu kan. Tapi kebanyakan manusia akan tersungkur di laluan ini.
" Dan janganlah syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yg benar). Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."
( Surah al-Zukhruf : ayat 62)

"Sesungguhnya (syaitan) itu hanya menyuruh kamu agar berbuat jahat dan keji dan mengatakan apa yang tidak kamu ketahui tentang Allah."
( Surah al-Baqarah: ayat 169)
  • Ambillah contoh hijrah Rasulullah saw, di mana ia menuntut begitu banyak pengorbanan dari segi harta benda, keluarga dll. Namun, para sahabat tetap melaksanakannya kerana untuk menggapai redha Allah swt. Di sebalik pengorbanan itu, pasti terselindung hikmah yang besar. Firman Allah swt dlm surah an-Nisa: ayat 100;
" Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpnya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh pahalanya telah ditetapkn disisi Allah swt. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
  • Oleh itu, wahai temanku andai dirimu rasa tidak dapat menanggung beban ini, ingatlah dan hayatilah akan janji Allah swt ini:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
( Surah al-Bqarah: ayat 218)

"Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
( Surah al-Ankabut 29: 69)
Renungkan bersama...
Kata ahli sufi ( Abu Ali al-Daqqaq): "Sesiapa yang menghiasi dirinya dengan mujahadah (terhadap nafsunya), nescaya Allah akan memperindah hatinya dengan musyahadah."
Jika ditanya mengapa perjuangan itu pahit, jawabnya adalah kerana syurga itu manis.




No comments:

Post a Comment