Friday, December 2, 2011

HiJrAh JiWa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Nak buat sesuatu secara konsisten memang susah. Kadang-kadang kita mampu bertahan, tp mungkin di pertengahannya munkin kita dah terkulai layu.Kesannya, kita tinggalkan terus benda itu sebab merasakan kita tak mampu untuk melakukannya. Jadi, di sini saya ingin kongsikn sedikit  intipati kuliah Maghrib berkenaan dengan bagaimana cara kita nak istiqamah dalam amalan kita.
1. Berdoa kepada Allah swt.
  • Nak berdoa tak semestinya dalam solat, tp kita boleh lakukan setiap masa dan x kira walau di mana kita berada.
  • Berdoalah dengan doa ini:        " Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu dan sentiasa berada dalam ketaatan...Amin"

2. Membaca Al-Quran
  • Baca ---.> Faham ----> Hayati ----> Amalkan = Insya-Allah, jadilah kita Mukmin yang sebenar-     benarnya.
3.Berfikir @ ingat akan kematian.
  • Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw; " Siapkah orang yang bijak?"
          Jawab Baginda; " Orang yang sentiasa mengingati mati."
  • Kenapa orang yang demikian dikatakan bijak? Ini kerana mereka telah meletakkan pengabdian diri mereka sepenuhnya kepada Allah swt. Mereka sedar tanggungjawab mereka dihidupkan di dunia ini adalah sebagai hamba dan khalifah, dan sesungguhnya mereka akan kembali semula kepada Allah swt. Dengan itu, mereka akan sentiasa " upgrade" diri mereka ke arah yang lebih baik.
          Firman Allah swt: 
                 "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."
                                                                                     (Surah al-Dhariyat 51: 56)
               
   "Aku jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi."
                                                                                      (Surah Sad 38 : 26)
    
                         
 Untuk melakukan kebaikan dan mencapai kesempurnaan adalah satu proses yang panjang. Bersbarlah, kerana sesungguhnya Allah swt tidak akan mempersiakan amalan orang-orang yang beriman dan pahatkanlah dalam hatimu bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Sekadar renungan bersama buat diriku dan juga saudara seislamku.
                   


No comments:

Post a Comment